Tuesday, 29 December 2015
RUMUSAN
Tuntasnya, madu lebah mempunyai kepelbagaian dari segi keistimewaannya dan juga manfaatnya tidak kiralah terhadap manusia mahupun haiwan. Meskipun khasiat madu belum sepenuhnya diketahui masyarakat secara meluas. Dan kalangan ilmuwan juga dituntut untuk melakukan penelaahan mendalam mengenai khasiat madu dan mampu menggunakannya dalam cakupan yang lebih luas. Keajaiban madu telah diungkapkan dalam dalam Al-quran mahupun hadis. Penjelasan kedua rujukan suci mengenai madu ini, juga telah merambah dunia sains moden yang telah menerima dan melakukan penelahaan lebih mendalam atas penggunaan madu. Sebagai makhluk ciptaan Allah yang dikurniakan akal, kita semua hendaklah meneruskan pengkajian dan memahami serta mengambil manfaat daripada keistimewaan madu ini. Hal ini kerana selain kita dapat manfaat dari madu, kita juga akan dapat meningkatkan keimanan kepada Allah dengan kelebihan yang dikurniakan kepada kita semua itu. Selain itu, menjadi tanggungjawab untuk memelihara dan menjaga madu lebah asli turun-temurun supaya madu lebah tersebut tidak ditelan zaman.
KEISTIMEWAAN MADU DAN LEBAH DALAM AL-QURAN

Sejalan dengan perkembangan dunia yang semakin canggih, dunia perubatan juga semakin maju berbanding dengan cara perubatan dahulu. Oleh itu, rawatan-rawatan tertumpu kepada cara moderen di hospital-hospital yang cukup dengan segala kemudahan dan kepakaran. Namun begitu, berubat mengikut anjuran al-Qur'an dan Al-Hadis masih tetap mengambil tempat di dalam kehidupan masyarakat Islam.
Menurut Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam(SWT) setiap penyakit itu pasti ada ubatnya. Sabda Baginda :
Maksudnya : "Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan
penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu
tua" (Hadis riwayat Abu Daud)
Beberapa kajian telah diusahakan yang tertumpu kepada bahan-bahan
semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Begitu juga dengan madu
lebah kerana dalam al-Quran sendiri telah menggariskan pelbagai pengajaran dan
maklumat penjagaan diri daripada pelbagai penyakit, maupun kesihatan jasad atau
rohani agar kita dapat mengerjakan segala perintah Allah dengan teratur.
Firman Allah dalam surah An-Nahl:
(Surah An-NAhl: 69). Tafsirnya: "Kemudian
makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang
telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang
bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia.
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan
bagi orang yang memikirkan.
" Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam(SWT) juga ada berpesan agar
seseorang itu berubat dengan madu dan Al-Qur'an, Baginda bersabda:
Maksudnya: "Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat
penyembuh iaitu madu dan Al-Qur'an." (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Daripada hadis tersebut ternyata madu mempunyai keistimewaan yang
tersendiri dengan nilai-nilai utama dalam ilmu kesihatan, yang mempunyai
zat-zat besi dan vitamin yang kuat. Di samping, itu madu juga dianggap penting
kerana memenuhi keperluan tubuh dan cepat memberi tenaga.
Mereka yang mengetahui akan khasiat madu akan menggunakannya secara
rutin, hal ini bukan hanya teori tetapi telah dibuktikan daripada beberapa
kajian yang telah dilakukan di mana jika ianya diamalkan setiap hari akan
mencegah daripada pelbagai penyakit dan memberi tenaga yang cukup.
Di samping itu, madu juga
seringkali digunakan untuk sampingan sarapan pagi agar tenaga segera siap
digunakan dalam menjalankan kerja harian. Madu juga memiliki aroma enak yang
meningkatkan selera, sepertimana Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam(SWT) juga mengamalkannya. Diperkuatkan dengan
hadis baginda yang berbunyi:
Maksudnya: "Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Sallallahu
'Alaihi Wasallam bersabda(SWT): "Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga
kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang
besar."
Dengan memakan madu juga boleh
menyembuhkan batuk-batuk yang menganggu dan boleh mencegah daripada kekejangan
pada otot tubuh khususnya pada bahagian kaki. Dalam perubatan tradisional, madu
telah dimanfaatkan untuk menahan luka-luka terbakar pada kulit. Jika diusapkan
madu akan dapat mengurangi rasa sakit yang menyengat dan mencegah pembentukan
lepuh (melecur) dan cepat sekali menyembuhkan kawasan yang terbakar.
Seterusnya, banyak lagi penyakit yang boleh sembuh misalnya hidung tersumbat, anak
yang kencing malam dan sesuai untuk kanak-kanak damit yang baru lahir.
Selain itu, keistimewaan madu
lebah juga dapat membantu membunuh bakteria. Sifat madu yang membunuh bakteria
dipanggil "kesan perencatan". Kajian mengenai madu menunjukkan bahawa
sifat ini meningkat dua kali ganda bila dicairkan dengan air. Sungguh menarik
bahawa lebah yang baru lahir dalam tanah jajahan diberi makan madu cair oleh lebah-lebah
yang bertanggung jawab merawat mereka seolah mereka tahu kemampuan madu ini.
Akhir sekali, madu dapat
meresap lebih cepat melalui darah iaitu jika dicampur dengan air suam, madu
dapat meresap ke dalam darah dalam masa tujuh minit. Molekul gula bebasnya
membuat otak berfungsi lebih baik kerana otak merupakan pengonsumsi gula
terbesar. Dalam Al-Qur'an dan
hadis-hadis yang disebutkan dan amalan perubatan tradisional, madu mempunyai
keistimewaannya yang tersendiri. Adalah
menjadi suatu amalan yang baik menjadikan madu sebagai ubat dan penjagaan
kesihatan.
KHAZANAH KEISTIMEWAAN MADU
KHAZANAH KEISTIMEWAAN MADU
MUKJIZAT LEBAH DAN MADU DALAM AL-QURAN
Segala sesuatu yang diciptakan Allah SWT pasti tak ada yang sia-sia. Di antara ciptaan Sang Khalik yang istimewa adalah lebah. Serangga yang satu ini menduduki kedudukan penting berbanding serangga lain. Tidak hairan jika lebah dijadikan salah satu nama surah dalam Al-Quran.
Surat ke-16 dalam Al-Quran adalah An-Nahl yang bererti lebah. Secara khusus, surat Makkiyah tersebut dinamakan An-Nahl atau lebah, kerana pada ayat ke-68 terdafat firman Allah SWT yang berbunyi, "Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pokok-pokok kayu, dan di tempat-tempat yang dibuat oleh manusia. "
Lebah memang istimewa. Ia merupakan makhluk Allah SWT yang banyak memberi manfaat dan kenikmatan kepada manusia. Dalam penjelasan surah An-Nahl yang dinyatakan dalam Al-Quran dan Terjemahannya disebutkan bahawa ada persamaan antara madu yang dihasilkan oleh lebah dengan Alquranul Karim.
Apa persamaannya? Semak ayat berikut: "... Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan. "(QS An-Nahl: 69).
Madu berasal dari sari bunga dan menjadi ubat bagi bermacam-macam penyakit manusia. Sedangkan Al-Quran mengandung inti sari dari kitab-kitab yang telah diturunkan kepada nabi-nabi zaman dahulu ditambah dengan ajaran-ajaran yang diperlukan oleh semua bangsa sepanjang masa untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.
Kemukjizatan madu sebagaimana disampaikan al-Quran telah terbukti secara ilmiah. Dalam Tafsir Al-Quran, Sayyid Quthb mendedahkan, madu sebagai ubat penyembuh penyakit sudah dibuktikan secara ilmiah oleh para pakar perubatan. Inilah salah satu bukti kebenaran ayat Al-Quran yang harus diyakni umat manusia.
Sedangkan dalam Tafsir Al-Quran Ibnu Katsir diterangkan bahawa madu lebah itu warnanya bermacam-macam sesuai dengan makanannya. Ada yang berwarna putih, kuning, mahupun merah. Selain itu, menurut Ibnu Katsir, madu sesuai bagi setiap orang, misalnya untuk mengubati sejuk, kerana madu itu panas.
Di dunia Islam, penggunaan madu sebagi ubat sudah dilaksanakan sejak zaman Nabi Muhammad SAW. Pada saat itu, madu digunakan untuk merawat penyakit cirit-birit. Lem lebah yang berasal dari madu juga sangat berkhasiat untuk mengubati berbagai macam penyakit.
Kajian khasiat madu secara ilmiah juga telah diteliti oleh ilmuwan Muslim terkemuka di era keemasan Islam, yakni Ibnu Sina (890-1037). Bapa perubatan dunia dan pemikir Muslim agung di abad ke-10 M itu tercatata sebagai doktor yang mengulas mengenai khasiat madu dari segi kesihatan dan dunia perubatan.
Selama hidupnya Ibnu Sina banyak mengambil madu sehingga awet muda dan berumur panjang. Madu, menurut Ibnu Sina, boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dari yang ringan hingga yang berat, seperti tekanan darah tinggi dan jantung. Madu juga dapat menurunkan suhu badan serta menetapkan rembesan, sehingga dapat menghilangkan penyakit demam.
Ibnu Sina juga telah meneliti khasiat madu untuk rawatan kecantikan tubuh. Menurut Ibnu Sina, madu dan minyak zaitun mampu menjadi ubat mujarab yang digunakan sebagai kosmetik yang mempunyai pelbagai khasiat.
Madu dan minyak zaitun, papar Ibnu Sina, boleh mengetatkan kulit muka dan seluruh kulit badan. Kedua-dua bahan semulajadi yang mendapat perhatian khusus dalam Al-Quran itu mampu menghilangkan flek-flek hitam dan jamur kulit. Selain itu, madu dan minyak zaitun juga boleh menghaluskan kulit dan mengurangkan rautan pada wajah.
Yang tidak kalah menariknya, Ibnu Sina pun telah mencari fakta bahawa minyak zaitun dan madu mampu menghilangkan bau badan yang tak sedap, serta boleh memberikan vitamin pada kulit dan melembabkannya. Selain untuk kosmetik, madu juga boleh digunakan untuk berbeza-beza kegunaan lain. Mulai dari makanan, ubat-ubatan sehingga bahan untuk alat-alat kecantikan.
Sejatinya, manfaat madu telah dirasakan peradaban manusia sejak dahulu kala. Orang Mesir purba telah mengambilnya. Penduduk Mesir purba sudah terbiasa menggunakan madu sebagai makanan berkhasiat tinggi serta ubat berbagai macam penyakit yang mujarab. Meskipun begitu, peradaban kuno belum mampu menjelaskannya secara ilmiah.
Adalah Ibnu Sina seorang doktor legenda sepanjang masa - yang telah berjaya membuktikan kebenaran khasiat madu tersebut, dalam usia tua. Ibnu Sina masih tetap kelihatan sihat dan segar bugar layaknya seorang pemuda, kerana terbiasa makan madu.
Hasil kajian terkini yang dikeluarkan dari Universiti Moscow, menyatakan madu ternyata juga mengandungi logam aluminium, boron, krom, tembaga, timbal, titanium, zink, asid organik, asetilkolin, hormon, antibiotik, bahan antiracun serta zat anti-kanser.
Zat-zat ini sangat penting untuk memperlancar proses biokimia badan dan proses penyembuhan aneka penyakit. Sementara kandungan enzim dalam madu dilaporkan paling tinggi jika dibandingkan dengan mahanan lain.
Kajian ini juga menyebutkan madu diyakini dapat menyembuhkan ulser perut (gastrik), radang usus, serta kesulitan buang air besar (sembelit). Jadi sangat baik memang untuk mengambil madu dalam kehidupan seharian kita.
Dalam Al-Quran, madu pun menjadi simbol kenikmatan syurga balasan bagi orang-orang yang beriman dan bertakwa. "(Apakah) perumpamaan (penghuni) jannah yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tiada berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamar yang lazat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang disaring; dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka, sama dengan orang yang kekal dalam jahannam dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong ususnya? "(QS: MUHAMMAD: 15).

MANFAAT MADU DAN LEBAH MENURUT AL-QURAN DAN AL-HADIS
Lebah memang makhluk Allah yang istimewa, ia dapat memberikan manfaat dan
kenikmatan bagi umat manusia. Seperti yang diterangkan di dalam Al-Qur'an,
bagaimana Allah memerintahkan lebah untuk membuat sarang dengan mengambil
makanan dari pelbagai jenis tumbuhan untuk dijadikan madu dan produk lebah
lain.
Madu ialah salah satu sumber makanan yang Allah sediakan buat manusia melalui lebah. Secara ilmiah pun terbukti bahawa madu memiliki kegunaan yang begitu banyak. Madu tersusun atas beberapa molekul gula serta mineral-mineral seperti kalium, magnesium, sulfur dan fosfat. Selain itu, madu juga mengandung vitamin B1, B2, B3, dan B6.
Dalam Al-Quran terdapat ayat yang menerangkan bahawa madu ialah "ubat yang menyembuhkan bagi manusia". Secara ilmiah madu sudah diteliti oleh para ilmuwan. Mereka mengatakan bahawa madu boleh menyembuhkan pelbagai penyakit. Penyakit yang boleh disembuhkan oleh madu ialah penyakit katarak, wasir, penyakit ginekologis, penyakit kulit, dan sebagainya lagi.
Madu mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kita. Di antaranya adalah madu dapat menghilangkan zat berbahaya yang mungkin telah terkumpul dalam saluran darah dan usus. Seterusnya, madu juga boleh menjadi penjaga stamina apabila dicampurkan dalam minuman. Meningkatkan kekebalan tubuh serta menghilangkan kahak apabila batuk.
Selain itu, Madu juga dapat meningkatkan stamina tubuh sebagai tenaga seketika, bersifat anti bakteria dan anti cendawan. Penggunaan madu sebagai kosmetik sangat baik untuk perwatan kulit. Untuk menjaga stamina, kecergasan dan produktiviti kerja digalakkan meminum madu secukupnya dalam setiap kali berbuka puasa bagi umat Islam.
Masih banyak lagi manfaat yang akan kita dapatkan ketika mengambil madu baik secara langsung ataupun dicampurkan dengan makanan dan minuman. Manfaat lain yang ditambah Allah dari madu adalah suatu zat makanan yang mempunyai rasa yang sangat enak, minuman yang menyegarkan dan pemanis semula jadi yang sangat baik untuk dimakan.
Madu lebah menjadi penawar dan ubat kepada pelbagai jenis penyakit. Di dalam kitab al-Tibb al-Nabawi ada dinyatakan bahawa madu sesuai digunakan untuk merawat penyakit-penyakit yang bersifat sejuk kerana sifatnya yang panas. Rasulullah SAW juga menganjurkan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Qur'an, Baginda bersabda yang bermaksud: "Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur'an." (Hadis riwayat Ibnu Majah) .
Pengetahuan Islam tentang kegunaan lebah lengkap beserta madunya merupakan pengetahuan yang banyak diteliti oleh ahli-ahli kesihatan. Tanpa disedari, baahwa ilmu pengetahuan yang tercantum dalam Al-Qur'an ternyata bukan hanya ilmu tentang keagamaan, tetapi ilmu lain yang sifatnya universal.

Subscribe to:
Posts (Atom)