Sejalan dengan perkembangan dunia yang semakin canggih, dunia perubatan juga semakin maju berbanding dengan cara perubatan dahulu. Oleh itu, rawatan-rawatan tertumpu kepada cara moderen di hospital-hospital yang cukup dengan segala kemudahan dan kepakaran. Namun begitu, berubat mengikut anjuran al-Qur'an dan Al-Hadis masih tetap mengambil tempat di dalam kehidupan masyarakat Islam.
Menurut Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam(SWT) setiap penyakit itu pasti ada ubatnya. Sabda Baginda :
Maksudnya : "Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan
penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu
tua" (Hadis riwayat Abu Daud)
Beberapa kajian telah diusahakan yang tertumpu kepada bahan-bahan
semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Begitu juga dengan madu
lebah kerana dalam al-Quran sendiri telah menggariskan pelbagai pengajaran dan
maklumat penjagaan diri daripada pelbagai penyakit, maupun kesihatan jasad atau
rohani agar kita dapat mengerjakan segala perintah Allah dengan teratur.
Firman Allah dalam surah An-Nahl:
(Surah An-NAhl: 69). Tafsirnya: "Kemudian
makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang
telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang
bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia.
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan
bagi orang yang memikirkan.
" Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam(SWT) juga ada berpesan agar
seseorang itu berubat dengan madu dan Al-Qur'an, Baginda bersabda:
Maksudnya: "Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat
penyembuh iaitu madu dan Al-Qur'an." (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Daripada hadis tersebut ternyata madu mempunyai keistimewaan yang
tersendiri dengan nilai-nilai utama dalam ilmu kesihatan, yang mempunyai
zat-zat besi dan vitamin yang kuat. Di samping, itu madu juga dianggap penting
kerana memenuhi keperluan tubuh dan cepat memberi tenaga.
Mereka yang mengetahui akan khasiat madu akan menggunakannya secara
rutin, hal ini bukan hanya teori tetapi telah dibuktikan daripada beberapa
kajian yang telah dilakukan di mana jika ianya diamalkan setiap hari akan
mencegah daripada pelbagai penyakit dan memberi tenaga yang cukup.
Di samping itu, madu juga
seringkali digunakan untuk sampingan sarapan pagi agar tenaga segera siap
digunakan dalam menjalankan kerja harian. Madu juga memiliki aroma enak yang
meningkatkan selera, sepertimana Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam(SWT) juga mengamalkannya. Diperkuatkan dengan
hadis baginda yang berbunyi:
Maksudnya: "Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Sallallahu
'Alaihi Wasallam bersabda(SWT): "Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga
kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang
besar."
Dengan memakan madu juga boleh
menyembuhkan batuk-batuk yang menganggu dan boleh mencegah daripada kekejangan
pada otot tubuh khususnya pada bahagian kaki. Dalam perubatan tradisional, madu
telah dimanfaatkan untuk menahan luka-luka terbakar pada kulit. Jika diusapkan
madu akan dapat mengurangi rasa sakit yang menyengat dan mencegah pembentukan
lepuh (melecur) dan cepat sekali menyembuhkan kawasan yang terbakar.
Seterusnya, banyak lagi penyakit yang boleh sembuh misalnya hidung tersumbat, anak
yang kencing malam dan sesuai untuk kanak-kanak damit yang baru lahir.
Selain itu, keistimewaan madu
lebah juga dapat membantu membunuh bakteria. Sifat madu yang membunuh bakteria
dipanggil "kesan perencatan". Kajian mengenai madu menunjukkan bahawa
sifat ini meningkat dua kali ganda bila dicairkan dengan air. Sungguh menarik
bahawa lebah yang baru lahir dalam tanah jajahan diberi makan madu cair oleh lebah-lebah
yang bertanggung jawab merawat mereka seolah mereka tahu kemampuan madu ini.
Akhir sekali, madu dapat
meresap lebih cepat melalui darah iaitu jika dicampur dengan air suam, madu
dapat meresap ke dalam darah dalam masa tujuh minit. Molekul gula bebasnya
membuat otak berfungsi lebih baik kerana otak merupakan pengonsumsi gula
terbesar. Dalam Al-Qur'an dan
hadis-hadis yang disebutkan dan amalan perubatan tradisional, madu mempunyai
keistimewaannya yang tersendiri. Adalah
menjadi suatu amalan yang baik menjadikan madu sebagai ubat dan penjagaan
kesihatan.
KHAZANAH KEISTIMEWAAN MADU LEBAH
No comments:
Post a Comment