PROSES PENGHASILAN MADU

  
PROSES PERTAMA : PENERIMAAN








Madu Asli yang diterima dari pembekal(Pengusaha dan Orang Kampung)

Membuang buih dan sisa-sisa sarang atau hampas lebah yang terapung di atas permukaan madu

Madu selepas dibuang buih dan sisa-sisa sarang atau hampas sebelum menjalani proses seterusnya     



PROSES KEDUA : MENGUJI KANDUNGN AIR DAN GULA  





















Madu dititiskan ke atas alat ujian (Hand Refractometer) bagi menguji kandungan gula dan air

Ujian kandungan gula dan air sedang dilakukan dengan meneliti bacaan meter yang terdapat pada alat tersebut

Madu yang terpilih selepas menjalani ujian tadi akan dimasukkan ke dalam 'Tong Penapisan' selama seminggu

 






  PROSES KETIGA : PENYEJATAN

Madu dimasukkan ke dalam Mesin Dihumifier (Mesin Penyejat Air) selama 8-12 jam bagi menyejat kandungan air yang ada di dalam madu

Sekali lagi ujian kandungan air dilakukan bagi memastikan kandungan air tidak melebihi tahap yang telah ditetapkan

Jumlah kandungan air yang telah ditetapkan adalah sebanyak 16% - 25% sahaja


PROSES KEEMPAT : PENAPISAN

Kemudiannya, madu akan ditapis sekali lagi dengan menggunakan kain nilon yang paling nipis ke dalam 'Tong Pembotolan Madu Lebah'

Proses terakhir di mana madu yang telah siap diproses akan dimasukkan ke dalam botol dan dilabel serta siap untuk dijual kepada orang ramai



    Contoh Pemprosesan Madu Lebah  ...

No comments:

Post a Comment