Tuntasnya, madu lebah mempunyai kepelbagaian dari segi keistimewaannya dan juga manfaatnya tidak kiralah terhadap manusia mahupun haiwan. Meskipun khasiat madu belum sepenuhnya diketahui masyarakat secara meluas. Dan kalangan ilmuwan juga dituntut untuk melakukan penelaahan mendalam mengenai khasiat madu dan mampu menggunakannya dalam cakupan yang lebih luas. Keajaiban madu telah diungkapkan dalam dalam Al-quran mahupun hadis. Penjelasan kedua rujukan suci mengenai madu ini, juga telah merambah dunia sains moden yang telah menerima dan melakukan penelahaan lebih mendalam atas penggunaan madu. Sebagai makhluk ciptaan Allah yang dikurniakan akal, kita semua hendaklah meneruskan pengkajian dan memahami serta mengambil manfaat daripada keistimewaan madu ini. Hal ini kerana selain kita dapat manfaat dari madu, kita juga akan dapat meningkatkan keimanan kepada Allah dengan kelebihan yang dikurniakan kepada kita semua itu. Selain itu, menjadi tanggungjawab untuk memelihara dan menjaga madu lebah asli turun-temurun supaya madu lebah tersebut tidak ditelan zaman.
Oleh itu, madu lebah sangat popular pada zaman kini. Ia banyak memberi manfaat kepada kita semua. Banyak dikeluarkan di media-media sosial tentang kebaikan madu lebah.
Contoh di Kelulut mereka mula membangunkan kedai menjual Madu .
No comments:
Post a Comment