Lebah memang makhluk Allah yang istimewa, ia dapat memberikan manfaat dan
kenikmatan bagi umat manusia. Seperti yang diterangkan di dalam Al-Qur'an,
bagaimana Allah memerintahkan lebah untuk membuat sarang dengan mengambil
makanan dari pelbagai jenis tumbuhan untuk dijadikan madu dan produk lebah
lain.
Madu ialah salah satu
sumber makanan yang Allah sediakan buat manusia melalui lebah. Secara ilmiah
pun terbukti bahawa madu memiliki kegunaan yang begitu banyak. Madu tersusun atas
beberapa molekul gula serta mineral-mineral seperti kalium, magnesium, sulfur
dan fosfat. Selain itu, madu juga mengandung vitamin B1, B2, B3, dan B6.
Dalam Al-Quran terdapat
ayat yang menerangkan bahawa madu ialah "ubat yang
menyembuhkan bagi manusia". Secara ilmiah madu sudah diteliti oleh
para ilmuwan. Mereka mengatakan bahawa madu boleh menyembuhkan pelbagai
penyakit. Penyakit yang boleh disembuhkan oleh madu ialah penyakit katarak,
wasir, penyakit ginekologis, penyakit kulit, dan sebagainya lagi.
Madu mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kita. Di antaranya adalah madu
dapat menghilangkan zat berbahaya yang mungkin telah terkumpul dalam saluran
darah dan usus. Seterusnya, madu juga boleh menjadi penjaga stamina apabila
dicampurkan dalam minuman. Meningkatkan kekebalan tubuh serta menghilangkan
kahak apabila batuk.
Selain itu, Madu juga dapat meningkatkan stamina tubuh sebagai tenaga
seketika, bersifat anti bakteria dan anti cendawan. Penggunaan madu sebagai
kosmetik sangat baik untuk perwatan kulit. Untuk menjaga stamina, kecergasan
dan produktiviti kerja digalakkan meminum madu secukupnya dalam setiap kali
berbuka puasa bagi umat Islam.
Masih banyak lagi manfaat yang akan kita dapatkan ketika mengambil madu baik
secara langsung ataupun dicampurkan dengan makanan dan minuman. Manfaat lain
yang ditambah Allah dari madu adalah suatu zat makanan yang mempunyai rasa yang
sangat enak, minuman yang menyegarkan dan pemanis semula jadi yang sangat baik
untuk dimakan.
Madu
lebah menjadi penawar dan ubat kepada pelbagai jenis penyakit. Di dalam
kitab al-Tibb al-Nabawi ada dinyatakan bahawa madu sesuai digunakan
untuk merawat penyakit-penyakit yang bersifat sejuk kerana sifatnya yang
panas. Rasulullah SAW juga menganjurkan agar seseorang itu berubat
dengan madu dan al-Qur'an, Baginda bersabda yang bermaksud: "Ambillah /
pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan
al-Qur'an." (Hadis riwayat Ibnu Majah) .
Pengetahuan
Islam tentang kegunaan
lebah lengkap beserta madunya merupakan pengetahuan yang banyak diteliti oleh
ahli-ahli kesihatan. Tanpa disedari, baahwa ilmu pengetahuan yang tercantum
dalam Al-Qur'an ternyata bukan hanya ilmu tentang keagamaan, tetapi ilmu lain yang
sifatnya universal.
No comments:
Post a Comment